Terkena batang hidung
Dalam pada mencari maklumat tentang program pengesanan dan intervensi awal kanak-kanak Autisma untuk sebuah tugasan, saya terjumpa maklumat menarik yang bermanfaat untuk situsasi diri sendiri.
Ibubapa kepada kanak-kanak autisma juga berhadapan dengan kesan psikologi yang mendalam, dari saat mengesan, menerima diagnosis, menyediakan bimbingan di rumah hinggalah membuat keputusan-keputusan yang khusus untuk anak mereka.
Merenung keadaan diri sendiri, mungkin saya juga menghadapi sedikit persamaan dari sudut kesan psikologi dengan mereka, cuma medan dan cabaran yang berbeza. Ada dalam tiada. Sukar untuk dijelaskan kerana ia bukan cedera fizikal yang nampak di mata, namun dirasai secara mendalam. Saya teringat satu keadaan psikologi yang disebutkan Disenfranchised Grief. Mungkin akan saya kongsikan dalam tulisan akan datang.
Sementara itu, saya kongsikan di sini petikan tulisan Dr. Tan Chong Seong, pakar perunding obstetrik dan ginekologi.
Mengatasi Kesan Psikologi Ketidaksuburan
"Ketidakmampuan untuk hamil boleh menghancurkan harapan dan memberi tekanan kepada pasangan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), infertiliti atau ketidaksuburan ditakrifkan sebagai kegagalan untuk hamil setelah menjalani hubungan kelamin tanpa perlindungan secara kerap selama 12 bulan atau lebih.
Walaupun kemajuan dalam teknologi bantuan reproduktif seperti persenyawaan in vitro (IVF) memberi harapan kepada pasangan yang tidak subur, kesan psikologi daripada ketidaksuburan selalunya kurang diberi perhatian. Sesetengah pesakit menganggap penilaian dan rawatan ketidaksuburan sebagai pengalaman paling dahsyat dalam kehidupan mereka."
Bagaimana infertiliti menjejaskan kehidupan kita?
https://mypositiveparenting.org/wp-content/uploads/magazine/pp-guide-2016-volume-3-ms.pdf
Laman ini juga menyediakan maklumat-maklumat yang berkualiti tinggi mengenai kesihatan reproduktif. Boleh lawati pautan https://mypositiveparenting.org/category/reproductive/

- Harga diri
- Perhubungan
- Kesihatan
- Kewangan
Baca lanjut di terbitan majalah atas talian laman Positive Parenting, muka surat 31-32.
https://mypositiveparenting.org/wp-content/uploads/magazine/pp-guide-2016-volume-3-ms.pdf
Laman ini juga menyediakan maklumat-maklumat yang berkualiti tinggi mengenai kesihatan reproduktif. Boleh lawati pautan https://mypositiveparenting.org/category/reproductive/

Ulasan
Catat Ulasan