Sokongan Psikologi bagi Isu Fertiliti / Kesuburan

Assalamualaikum wr. wb.
& salam sejahtera kepada para pengunjung blog ini.


Tujuan penubuhan blog
Blog ini ditubuhkan bagi tujuan memberi perkongsian, sokongan dan maklumat dalam isu fertiliti, namun hanya terhad dalam lingkungan impak psikologi. Perkongsian ini diharapkan dapat menyediakan sokongan buat:

  • individu atau pasangan yang sedang menghadapi isu infertiliti,
  • ahli keluarga atau rakan yang ingin memberikan sokongan
  • golongan profesional yang cuba untuk memahami perspektif pesakit.

Penulis merupakan seorang ahli psikologi pendidikan, namun berminat dengan topik ini atas pengalaman peribadi penulis sendiri yang mengharungi masalah dan proses rawatan fertiliti. Proses mencari maklumat, swa-didik dan penulisan ini juga adalah mekanisma penulis untuk mengatasi kesan psikologi dari infertiliti.

Penafian
Maklumat di dalam blog ini tidak boleh menggantikan khidmat professional kesihatan mental seperti kaunselor bertauliah, ahli psikologi klinikal atau pakar psikiatri. Jika pembaca menghadapi kesan psikologi yang mendalam, berpanjangan dan tidak boleh menjalani kehidupan dengan selesa, segeralah berjumpa dengan pakar.

Maklumat di dalam blog ini juga tidak boleh menggantikan khidmat professional kesihatan kesuburan seperti pakar O&G dan pakar fertiliti. Dapatkan rawatan yang sewajarnya di hospital.

Harapan
Didoakan agar proses menjalani cabaran dan dugaan fertiliti ini akan memberi manfaat jangka panjang dan pendek dalam diri, perhubungan suami isteri dan keluarga kita.

Ulasan