"Usaha Mencapai Impian" Initiatif subsidi Prosedur Tabung Uji KKM

Kebetulan pada hari yang sama blog ini ditubuhkan, Menteri Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan tentang program subsidi kerajaan untuk prosedur bayi tabung uji IVF.

Terasa ada sinar harapan.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and outdoor
Gambar dari laman Facebook Dr. Dzulkefly Ahmad 

A good government takes care even the most personal, deep frustration of its citizen, so it won't be accumulated into national frustration. It is important for a nation to be filled with hopeful people.

Dengan itu, berjuta tahniah diucapkan atas usaha murni KKM ini. Dikongsikan di sini tulisan yang dipetik dari laman Facebook Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia.

"Tahniah diucapkan kepada pihak Unit Perubatan Reproduktif dan Tabung Uji, yang telah berjaya melakar kejayaan sehingga lebih 400 bayi telah dilahirkan melalui program ini.

Dianggarkan bahawa di Malaysia ini, hanya 9, 000 hingga 10, 000 kes tabung uji dijalankan setahun dan jumlah ini adalah sangat kecil berbanding dengan keperluan semasa. Antara faktor yang menyebabkan ramai tidak mendapatkan rawatan adalah kurangnya pengetahuan tentang masalah kesuburan serta kos rawatan kesuburan yang tinggi.

Terdapat 52 pusat Perkhidmatan Reproduktif dan Tabung Uji di sektor swasta dan empat (4) di hospital-hospital KKM yang memberi perkhidmatan berasaskan zon iaitu Hospital Sultanah Bahiyah (Kedah), Hospital Kuala Lumpur, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas (Sabah), Hospital Sultanah Nur Zahirah (Terengganu). Dijangkakan bahawa dalam masa terdekat ini, satu lagi pusat yang baru akan beroperasi di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh, Perak.

Malaysia adalah antara sebahagian kecil negara di Asia yang memberikan program subsidi kerajaan kepada pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan. Kos perkhidmatan Tabung Uji melalui program subsidi kerajaan di Malaysia adalah hanya sekitar 25% ke 30% daripada kos di sektor swasta. Ini telah membantu ramai pasangan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan khidmat ini.

Saya juga ingin melahirkan rasa kegembiraan di atas penubuhan kumpulan sokongan IVF atau Tabung Uji, yang dianggotai oleh para ibubapa graduan IVF sendiri. Saya percaya bahawa ,Kumpulan sokongan IVF/Tabung Uji ini boleh memainkan peranan yang penting sebagai rakan pembimbing memandangkan pengalaman yang telah mereka lalui.

Diharapkan melalui Majlis Ulang Tahun ke 10 Penubuhan Unit perkhidmatan Reproduktif dan Tabung Uji serta penubuhan Kumpulan Sokongan IVF/Tabung Uji menjadi anjakan paradigma dalam melakar kejayaan demi kejayaan bertetapan dengan motto bagi unit ini "Usaha Mencapai Impian".
.
#hospitalsultanahbahiyah
#IVF
#drdzulkeflyahmad"

Ulasan